Wednesday 29 July 2015


Assalamualaikum

Alhamdulillah, bersyukur kita semua dapat meraikan hari raya bersama keluarga tersayang. Antara yang paling seronok semasa raya, bukan sahaja dapat berkumpul bersama seluruh keluarga tapi paling best dapat menikmati juadah raya yang sangat lazat dan menyelerakan. Maklumlah, setahun sekali je kita dapat menikmati hidangan yang best ni kan. Mungkin juga ada antara kita tak dapat nak kawal, dah terlebih makan hingga tak sedar berat badan dah bertambah. Huhu. Mesti ramai yang tengah risau kan...

Tapi, tak mengapa...jangan kecewa atau putus asa...masih belum terlambat, jom ikuti 3 tips mudah untuk detoks di sepanjang raya dan juga seterusnya lepas raya ni. Tips ini telah dikongsikan oleh seorang jurulatih kecergasan. Semoga bermanfaat.




  1. Mesti kawal nafsu
    Tak dapat tidak, diri kita sendiri yang mesti kawal bila berhadapan dengan juadah-juadah yang sangat banyak dan sedap. Orang lain hanya boleh nasihatkan, tapi kita sendiri yang mesti melaksanakannya. Makanlah secara sederhana, makan sekadarnya...mesti beringat walaupun makanan tu sedap sangat tapi janganlah makan terlalu banyak ok...sebab boleh menjejaskan kesihatan tau!

  1. Buat perancangan semasa beraya atau sewaktu di Rumah Terbuka
    Maksudnya di sini, kita dah plan siap-siap. Contohnya, mungkin di rumah pertama kita nak makan lemang dan rendang, rumah kedua kita boleh makan menu lain pula seperti sup atau kuih muih je. Kalau di rumah terbuka pula, pastikan kita lihat dulu kesemua makanan yang ada, dan barulah kita putuskan untuk makan menu yang betul2 menjadi keinginan dan yang disukai. Bila kita ada plan seperti itu, jadi kita dapat elakkan daripada terlebih makan dan berat badan kita pun tidak akan meningkat.

  1. Makan dalam kuantiti yang sedikit dan makan secara perlahan
    Betapa pentingnya, untuk kita pastikan ambil makanan tu dalam kadar yang kecil sahaja untuk elakkan kita daripada terlebih makan. Makan secara perlahan pula sangatlah digalakkan untuk membantu agar sistem penghadaman kita berjalan dengan lancar.

Ok, cuma 3 sahaja...mudahkan je sebenarnya...tapi, cuma perlukan disiplin dan komitmen yang berterusan untuk diamalkan. Hehe, itu je...

Saya dan suami pun memang saling berusaha untuk amalkan tips ini, tapi kekadang tersasar juga sebab tak tahan dengan godaan makanan yang sedap-sedap belaka. Ehe. Tp, kami memang amalkan vitamin semulajadi sebagai penyelamat dan juga berfungsi untuk detoks juga. Alhamdulillah, pencernaan memang lancar dan badan pun terasa ringan je.
Kami amalkan,
  • Alfalfa Complex – untuk pencucian usus dan detoksifikasi, mencuci darah, melawan kanser
  • Herb-Lax – untuk pembersihan usus/detoksifikasi, mengempiskan perut, mengawal berat badan

    *Kedua-dua vitamin ini berfungsi untuk membuang toksin dan membersihkan usus dan salur darah kita daripada lemak-lemak yang tidak sepatutnya.



    Bagi sesiapa yang nak dapatkan atau nak tahu lebih detail tentang vitamin2 ini, boleh je terus hubungi saya ye. Nanti saya akan share dan bantu.

    Akhir kata, jom bersama-sama kita usaha untuk amalkan tips yang osem ini ye. Semoga kita semua dapat beraya secara sihat.

    Semoga tips ini bermanfaat untuk dikongsikan kepada yang lain juga :)



0 comments:

Post a Comment