Wednesday 5 August 2015

Assalamualaikum

Anak merupakan anugerah Allah yang amat bernilai. Anak juga adalah ujian buat kita. Sememangnya, karenah anak-anak kita adalah untuk menguji tahap kesabaran kita selaku hambaNya. Seringkali, kita mungkin rasa ingin marah sahaja bila anak-anak membuat perangai yang tidak sepatutnya. Namun, adalah tidak bagus sekiranya kita sering memarahi mereka, kerana ia boleh mencederakan emosi dan psikologi anak kita.

Marah bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik. Maka kali ini, saya ingin kongsikan info atau tips yang berkesan bila berdepan dengan anak yang mengamuk.




  1. Bertenang
    Jangan marah, sebaliknya cuba bertenang dan senyum. Kalau kita marah, lagi kuat dia menangis.

  2. Peluk
    Peluk dan tenangkan anak sambil bacakan surah al-fatihah.

  3. Pujuk
    Memujuk dgn cara yg baik. Pegang atau dukung dan belai rambutnya. Korek rahsia, kenapa dia marah. Anak suka bila ada orang beri perhatian.

  4. Nasihat
    Selepas anak penat mengamuk, pergi belai dia dgn lembut dan katakan kepadanya bahawa apa yang dia lakukan tadi adalah salah. Dan dia akan lebih disayangi jika dia bersikap baik.

  5. Pastikan anak anda selamat
    Menenangkan anak dan memastikan keselamatan anak. Beri perlindungan kepada anak supaya dia tidak berasa takut dan lebih selamat.

  6. Jangan menghukum
    Elakkan memukul dan menjerit dgn memarahi anak, kerana ini akan menyebabkan anak anda mengamuk dgn lebih teruk dan mengganggu emosi anak.

  7. Asingkan anak
    Jika boleh, asingkan anak anda pada satu sudut atau dalam sebuah bilik bersama anda.

  8. Sistem ganjaran
    Katakan kepada anak jika dia bersikap baik, kita akan menjanjikan sesuatu seperti menonton televisyen atau membaca bersama.

  9. Bersikap tegas
    Sesekali kita perlu bersikap tegas dengan anak. Jika dia mengamuk, katakan bahawa kita akan potong waktu bermainnya. Terangkan dengan jelas mengapa tindakan itu kita ambil.

  10. Jangan beri hadiah
    Elakkan memberi apa yg diinginkan anak apabila mengamuk kerana tidak mustahil dia akan melakukan perkara sama untuk mendapatkan sesuatu.

  11. Alih perhatian anak
    Ketika sedang membeli-belah, bila anak tunjuk tanda-tanda dia mahukan sesuatu, cepat-cepat alihkan perhatiannya. Bawa dia ke bahagian lain.

  12. Tempat awam
    Apabila anak mengamuk di tempat awam bawa dia ke tempat yang lebih senyap dan tenang. Contohnya, dalam kereta.

Semoga tips ini dapat membantu kita semua untuk mendidik anak dengan lebih baik. Jom kita amalkan bersama. Seandainya ia bermanfaat, bolehlah untuk dikongsikan kepada semua bakal dan ibu bapa yang lain juga ye.
Semoga diberkati Allah :)


Sumber : Imuslimshop.com


0 comments:

Post a Comment