Thursday 6 August 2015


Assalamualaikum

Bilamana kita mengalami angin dalam badan, pastinya rasa ketidakselesaan akan terjadi hingga boleh mengganggu aktiviti seharian kita. Jadi, pada kali ini saya akan kongsikan info daripada Pages Rahsia Hawa berkaitan petua untuk melegakan angin dalam badan secara semulajadi tanpa perlu makan ubat.




Pilihan 1 :
Campurkan air perahan bawang merah setengah cawan dengan halba rebus setengah cawan. Kemudian, campurkan sedikit madu asli dan kacau sehingga sebati dan minum. Amalkan setiap hari.

Pilihan 2 :
Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya dan makan mentah-mentah. Badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. Rasa mual dan pening akan berakhir.

Pilihan 3 :
Ambil 5 ulas bawang putih dan bakar tetapi jangan sampai hangus. Kemudian, makanlah bawang tersebut. Hasilnya, angin dalam badan akan keluar.

Pilihan 4 :
Rebus buah mata kucing bersama halia dan gula melaka. Minum air tersebut setelah suam. Lebih elok diamalkan selepas memakan nasi.

Pilihan 5 :
Alternatif yang terbaik juga adalah dengan mengambil vitamin Peppermint-Ginger Plus seperti yang kami amalkan. Peppermint-Ginger Plus adalah kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur iaitu daun pudina, halia, adas dan cekur manis. Ia secara klinikal sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah angin, loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman. Perlu difahami, vitamin bukanlah ubat. Untuk dapatkan vitamin ini, bolehlah hubungi saya ye. Nanti saya bantu dan kongsi lebih lanjut.


Ok, bagi mereka yang ada masalah angin, boleh kurangkan/elakkan makanan yang berikut ye.
Makanan yang menyebabkan angin dalam badan :

  • Kacang
  • Sayuran seperti brokoli
  • Kobis
  • Taugeh
  • Bawang
  • Asparagus
  • Buah-buahan seperti pear, epal dan peach
  • Bijirin seperti roti gandum
  • Minuman ringan dan jus buah
  • Susu dan produk daripada susu dan keju
  • Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad

Tips yang mesti diamalkan :
  1. Banyakkan minum air kosong
  2. Kurangkan udara yang disedut
  3. Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih
  4. Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah

Semoga info-info di atas dapat membantu mengatasi dan melegakan masalah angin yang dialami.
Bolehlah dikongsikan kepada sahabat-sahabat yang lain untuk manfaat bersama :)

Wassalam

0 comments:

Post a Comment