Friday, 3 July 2015



Assalamualaikum semua


Hari ini, hari penghulu segala hari, InsyaAllah saya akan berkongsi tentang aktiviti yang dapat merangsang otak kanan anak-anak kita. Sekalipun, bukan untuk anak kita sendiri, mungkin boleh dikongsikan kepada adik-beradik, saudara mara dan juga kawan-kawan ye. Semoga mereka juga dapat manfaatnya.


Sebenarnya, anak-anak yang dirangsang otak kanannya memang akan dapat menjadi lebih bijak, cerdik dan positif. Disarankan untuk memulakan latihan seawal usia enam bulan. Dengan latihan awal, mudah untuk mendidik anak-anak menggunakan otak kanan. Otak sebelah kanan sebenarnya lebih efektif jika dibandingkan sebelah kiri, tetapi perlu dilatih dan kerap merangsangnya.


Otak anak pada usia enam tahun pertama bersifat seperti span dan dapat menerima rangsangan dengan mudah. Pendedahan awal kepada ilmu dengan cara yang menyeronokkan akan membina minat dan kecenderungan anak terhadap ilmu.






Jom kita tengok secara ringkas fungsi otak kiri dan otak kanan...


Fungsi otak kiri :

Mengingati ilmu pengetahuan atau maklumat

Menyimpan data dan fakta

Menganalisis

Memahami logik, bahasa dan matematik

Mengira


Fungsi otak kanan :

Imaginasi

Berfikir secara kreatif

Irama

Khayalan

Emosi

Ilham

Intuisi (gerak hati)

Warna

Muzik

Apa saja aktiviti-aktiviti kreatif


Penggunaan otak kiri dan kanan perlu seimbang. Setiap hari memang manusia menggunakan otak kiri. Jadi, sebab tu kita perlu merangsang otak kanan!



Apakah aktiviti untuk rangsang otak kanan?

Sebenarnya aktiviti yang menggunakan jari jemari dapat merangsang otak kanan. Ini kerana gerak kerja tangan adalah hasil daripada kerahan otak kanan.


Tanah liat (contoh : buat pelbagai bentuk mudah seperti kucing, ikan, bunga)


Origami/lipat kertas (contoh : lipatan kapal terbang)


Menggunting (contoh : garisan lurus, bengkok, bentuk empat segi, tiga segi atau apa sahaja gambar menarik di surat khabar atau majalah)


Masukkan manik dalam benang/tali dalam straw minuman (contoh : manik bersaiz besar dan kecil)


Melukis/cat air (contoh : lukis gambar sebelah misalnya gambar bunga hanya sebelah, kemudian minta anak sambung lukisan mengikut apa yang dilukis di bahagian satu lagi)


Bercerita (bina daya imaginasi dengan cara bercerita pendek. Kemudian suruh anak sambung cerita tu.


Main teka-teki dengan anak. (Letak satu barang dalam kotak/bekas tisu, suruh anak teka barangan tersebut. Teka bentuk atau warna)


Kad imbasan (perkenalkan abjad atau nombor. Apabila kad itu bergerak laju, otak kanan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan)


*Tempoh membuat aktiviti ini tidak perlu lama untuk mengelak anak bosan. Anggaran masa setengah jam.



Ok, masa buat semua aktiviti ini, kita mestilah lakukan dengan penuh yakin dan bersemangat dengan niat untuk mendidik anak menjadi insan yang berjaya. Jangan lupa setiap aktiviti mesti disulami dengan nilai-nilai Islam kerana otak menerima maklumat dan respons terhadap maklumat.



Setakat ini dulu perkongsian buat kali ini...

Semoga bermanfaat buat semua :)


*Ingin dapatkan set memanah dan set multivitamin buat anak-anak, boleh hubungi kami : 013-9415831
With love, Azean :)


2 comments:

  1. Trima kasih.. ilmu yg bmnfaat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2, InsyaAllah...smg kita dpt usahakan yg terbaik buat anak2 syurga kita :)

      Delete

There was an error in this gadget