Assalamualaikum
Semoga para pembaca yang dikasihi sentiasa berada dalam kesihatan yang baik. Pada kali ini, saya nak berkongsi tentang tips buat mereka yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Bila cakap pasal nak turunkan berat ini, pasti perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah bab pemakanan. Mungkin ramai yang beranggapan, tak boleh makan banyak atau ada sesetengah orang tu sampai tak nak makan sebab nak diet.
Sebenarnya, bukanlah seperti itu...sebab itu penting sangat untuk kita berdiet dengan ilmu yang betul.
Baik, untuk berdiet bukanlah maksudnya tak boleh makan langsung...kekadang mesti akan kalah juga dengan godaan makanan yang sedap dan menyelerakan pulak tu...hehe...
Jadi, apa yang penting kita mesti kawal pemakanan kita dan mesti ambil makanan yang sihat sahaja.
Ok, jom kita tengok beberapa makanan sihat yang boleh diambil. Bukan sahaja sihat, malah membantu untuk membakar lemak tau...wah, bestkan...boleh makan dan berat badan pun boleh turun...ehe :)
KACANG
Makanan yang sihat yang boleh diambil ketika berdiet. Contoh yang baik seperti kacang hazelnut, badam, pistachio dan sebagainya. Boleh juga makan kacang ini sebelum bersenam untuk meningkatkan tenaga.
OATMEAL
Ia bukan hanya untuk bersarapan. Tapi, dengan pengambilan segelas bubur gandum setiap hari, ia dapat menjaga sistem penghadaman dan mengurangkan rasa kembung. Boleh juga tambah dengan madu sebagai pengganti gula.
TELUR
Jangan tak tahu, boleh ambil telur ye sebagai snek untuk membantu menurunkan berat badan. Satu biji telur mengandungi 70 kalori dan berfungsi sebagai protein pembakar lemak.
BUAH SEGAR
Ok, ketika perut 'berbunyi', makanlah buah segar. Contohnya, buah epal dikatakan rendah GI dan membantu melepaskan tenaga secara perlahan-lahan. Sediakan sebiji epal di dalam beg anda di saat rasa lapar yang tidak diduga.
YOGURT
Ia kaya dengan protein dan menjadi makanan pengganti aiskrim ketika sedang berdiet. Selain itu, yogurt membantu mengurangkan masalah kembung dan mengawal bakteria baik.
SAYURAN HIJAU
Salad dan sayuran hijau tidak mengandungi banyak kalori dan mampu membuatkan kita merasa kenyang. Ada juga sayuran hijau yang murah dan rendah kalori tetapi ia tetap mengandungi nutrien yang diperlukan seperti vitamin K, zat besi dan kalsium.
CILI MERAH
Selain menambahkan rasa pedas dalam masakan, cili merah juga dapat meningkatkan kemampuan membakar lemak.
MINYAK IKAN
Sememangnya, minyak ikan dapat mengurangkan kadar kolesterol dalam badan dan ia juga membantu dalam melindungi kesihatan jantung kerana kandungan omega 3 yang ada di dalamnya. Selain itu, minyak ikan juga membantu membaiki dan membentuk tisu otot ketika kita bersenam.
Dah tahu beberapa makanan yang sihat ini, maka boleh lah sama-sama untuk kita amalkan.
Oh ya, ada satu info lagi :
*Menurut Ellen Kamhi, penulis buku Weight Loss : The Alternative Medicine Guide,
makanan pembakar lemak mempunyai tiga karakter iaitu
mengandungi protein
lemak baik
tinggi serat
Makanan inilah yang menambah pembakaran lemak kerana ia memerlukan tenaga yang banyak untuk proses penghadaman.
Semoga bermanfaat buat semua :)
Thursday, 2 July 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment