Thursday 16 July 2015


Assalamualaikum

Bila tibanya hari raya, antara yang paling dinantikan adalah hidangan yang disediakan tak kira di rumah sendiri ataupun di rumah saudara dan jiran tetangga. Daripada ketupat, lemang, rendang, masak lodeh, sambal sotong, dan macam-macam lagi, semestinya semua kelihatan lazat dan menyelerakan..ehe..tapi jangan lupa perut kita dah menjalani proses rehat selama sebulan, badan pun dah kembali ringan dan sihat. Jadi, pastikan kita kawal makan di hari raya ye..sebab ada hidangan yang mempunyai sangat tinggi kalori, kolesterol dan lemak tepu.


Sumber drpd google

Kalau makan tak dikawal dan makan berlebihan, memang boleh menyebabkan berat badan bertambah dan mungkin boleh mengundang penyakit juga. Jadi, macam mana nak buat?
Ok, jom kita tengok dan usaha untuk amalkan tips yang berikut ye :


  • Pilih hidangan dalam saiz yang kecil
  • Pilih hidangan yang rendah kalori seperti buah
  • Pilih juadah yang sihat seperti sup dan masakan kukus (stim)
  • Pilih makanan tinggi serat untuk mengelakkan sembelit. Makanan dan minuman yang manis mempunyai banyak gula yang menyebabkan sembelit
  • Gantikan buah-buahan sebagai manisan
  • Kurangkan pengambilan makanan seperti kerepek yang sememangnya tinggi garam
  • Banyakkan minum air putih
  • Tidak makan makan beserta kuah, ambil isi sahaja
  • Tidak biarkan perut kosong semasa pergi beraya. Isi dengan snek sihat seperti buah-buahan sebelum bergerak
  • Adab ketika ke rumah terbuka, pilih makanan yang kita suka sahaja dan kunyah secara perlahan-lahan
  • Ambil vitamin seperti Lecithin untuk pecahkan lemak dan Alfalfa untuk mengangkut lemak dan toksin daripada badan
  • Lakukan senaman yang ringkas
  • Periksa berat badan selalu
  • Tulis diari makanan. Dari situ kita akan tahu makanan apa yang menyebabkan kegemukan
  • Digalakkan puasa enam Syawal atau puasa sunat Isnin dan Khamis


Kesimpulannya, makanlah secara sederhana, mesti perlu beringat dan jangan makan ikut nafsu. Kita mesti ambil makanan dalam kuantiti yang betul tanpa berlebihan dan tahu keadaan badan kita. Dalam Islam juga tidak digalakkan jika kita makan terlalu banyak sehingga boleh memudaratkan badan. Jom kita beraya dengan sihat. Semoga tips ini bermanfaat untuk dikongsikan bersama.

Sesiapa yang nak dapatkan vitamin Lecithin dan Alfalfa tu, boleh hubungi saya ok :)
Selamat Hari Raya ye...
Maaf zahir dan batin ^_^

0 comments:

Post a Comment