Tuesday 12 May 2015

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Oleh yang demikian, prinsip makan secara sihat perlu diamalkan agar ibu sentiasa cergas, ceria dan sihat semasa dalam pantang.

Makanan dalam pantang

Makanan yang harus diambil :

  1. Jumlah keseluruhan kalori sehari yang diperlukan oleh wanita berpantang berbeza sedikit mengikut berat dan ketinggian. Namun, secara amnya, wanita Malaysia berbadan kecil dan memerlukan antara 1600-1800 kalori sehari. Kalori ini tetap semasa mengandung kerana penyusuan badan secara esklusif akan membakar 500 kalori sehari. Seandainya ibu sedang berpantang tidak menyusu badan dan ingin menurunkan berat badan, pengambilan kalori perlu dikurangkan 500 menjadi 1100-1300 kalori sehari.
  1. Makanan berprotein tinggi seperti ikan segar dan ayam kampung tanpa lemak/kulit.
  1. Cara masakan : masak pindang/halia/asam/lada hitam dengan herba dan bawang putih yang banyak.
  1. Air kosong banyak – untuk membina susu badan dan mengurangkan berat badan.

Makanan yang harus dielakkan :

  1. Ikan masin/ikan kering kerana menyebabkan darah nifas busuk, cepat kering, dan lemah badan.
  1. Ikan yang bisa seperti bawal hitam, terubuk, pari dan sembilang – bisa atau bentan pada pintu rahim.
  1. Ikan kembung, tamban, cencaru, tongkol dan makanan laut – boleh menyebabkan kegatalan dan menimbulkan reaksi alahan.
  1. Air gas/air sejuk dan sesetengah sayur-sayuran dan buah-buahan sejuk seperti kangkung, timun, dan mangga, nangka dan durian belanda. Ini kerana makanan tersebut mungkin menyebabkan sakit tulang, sejuk otot dan lemah sendi iaitu arthritis dan rheuatisme apabila sudah tua kelak.

(Sumber : Perkongsian drpd Pakar Pemakanan Pusat Perubatan Darul Ehsan)





0 comments:

Post a Comment