Friday 1 May 2015



Ramai di kalangan kita mungkin kurang jelas tentang fungsi vitamin atau suplemen. Begitu juga dengan saya pada suatu masa dahulu. Saya berpendapat tidak perlu semua itu sedangkan kita tiada sebarang penyakit pun. Rupanya, setelah saya mengetahui dengan jelas, barulah saya faham dan dapat kesedaran betapa pentingnya vitamin untuk kesihatan diri kita berada dalam keadaan yang optimum di sepanjang masa. Perlu faham bahawa vitamin bukan ubat, vitamin bukan diperlukan ketika sakit sahaja, tetapi diperlukan di sepanjang masa kita. Vitamin adalah pelengkap nutrisi kepada badan kita.

Dikongsikan antara faktor-faktor penting yang menjadikan vitamin adalah sangat diperlukan oleh kita :
  • Pencemaran alam
    Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan badan.
  • Tubuh perlukan nutrien
    Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien. Hakikatnya nutrien hanya boleh didapati dari pemakanan.
  • Sumber makanan tercemar
    Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas dan tercemar akibat racun serangga atau bahan kimia lain.
  • Amalan gaya hidup
    Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang bersenam atau bersukan dan merokok.
  • Kawalan pemakanan (selera rasa)
    Rutin pemakanan kebanyakan manusia sekarang yang tidak hiraukan diet yang seimbang.
  • Penyerapan nutrien
    Gangguan penyerapan nutrien dari makanan, akibat dari pengambilan kafein, gula dan garam berlebihan.
  • Kekurangan nutrisi (tidak dihasilkan oleh badan)
    Kehilangan nutrien dalam makanan, terutamanya di kedai makan, restoran makanan segera, masak terlalu lama dan sebagainya.

Semoga dengan info-info yang dikongsikan ini, akan menambah kefahaman buat semua tentang kepentingan vitamin kepada kita. Bersama kita amalkan vitamin mulai sekarang sebelum terlambat.
Sekiranya, kita membiarkan badan kita kekurangan nutrisi, ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit yang boleh memberi kesan dalam kehidupan kita.
Jom kita buat sedikit pelaburan untuk kesihatan yang optimum berbanding terpaksa mengeluarkan kos perubatan yang tinggi tatkala ditimpa sakit.
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Untuk sebarang pertanyaan / untuk mendapatkan vitamin, boleh hubungi saya :)
Puan Azean
013-9415831
No. id Shaklee : 997702



Next
Newer Post
Previous
This is the last post.

0 comments:

Post a Comment