Tuesday 12 May 2015



Gaya hidup yang tidak sihat dan kesibukan yang terlampau boleh membuatkan badan anda jatuh sakit. Namun, kadang-kadang anda tidak mengetahui tanda-tanda anda sakit sehinggakan penyakit itu sampai ke tahap yang serius. Khas untuk semua, anda perlu tahu tanda-tanda ini yang menunjukkan anda sakit.

  • Sukar tidur
    Masalah hidung tersumbat dan sukar bernafas sehingga mengganggu tidur anda.
  • Kerap tersedar

    Anda kerap kali terbangun pada tengah malam dan sukar untuk tidur semula sehingga badan
    anda tidak selesa. Ini adalah tanda menunjukkan anda akan jatuh sakit.
  • Terlalu lapar atau hilang selera makan
    Anda cepat merasa lapar atau langsung kehilangan selera makan. Perubahan pola makan ini menjadi tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada badan anda.
  • Cerewet
    Keadaan ini terjadi bukan berkaitan dengan masalah perhubungan atau kitaran haid anda. Mungkin keadaan ini timbul kerana badan anda tidak sihat dan tidak selesa.
  • Tidak bersemangat
    Anda biasa bersenam secara rutin sehinggakan ada masanya anda merasa tidak bersemangat untuk bersenam. Mungkin juga anda merasakan badan anda tidak tenang dan selesa.
  • Kurang bergaul
    Tiba-tiba anda merasakan malas untuk berbual atau bergaul dengan orang lain. Anda lebih suka berdiam diri.
  • Kawan baik tempat tidur
    Anda seakan tidak dapat dipisahkan dengan tempat tidur sehinggakan susah dan malas untuk anda bangun dari tidur.
  • Kesejukan
    Anda tetap merasa sejuk walaupun sudah memakai beberapa helai selimut mahupun baju yang tebal.
  • Kurang tenaga
    Anda kurang bertenaga untuk berjalan kaki, bahkan untuk ke tempat tidur, bilik air atau dapur sekalipun.



0 comments:

Post a Comment