Thursday 21 May 2015

Assalamualaikum buat semua pembaca Diari Sihat.

InsyaAllah, kali ini saya akan berkongsi tentang ESP Shaklee, mungkin ramai yang dah pernah dengar tapi mungkin belum betul-betul jelas dengan kandungan dan kebaikannya. Ok, hari ini saya akan kongsikan kepada semua berkaitan ESP yang menjadi kegemaran ramai secara ringkasnya ye.

Shaklee ESP (Soy Protein Isolate Powder) merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh kita perlukan bagi proses sintesis protein termasuk 9 asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu. ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

Sekarang, jom kita lihat siapa yang perlukan ESP Shaklee ini? 

ESP sememangnya boleh diambil oleh semua golongan tidak kira sama ada lelaki ataupun wanita.
Khususnya, sangatlah digalakkan kepada:

  • Golongan pekerja
  • Ibu hamil 
  • Ibu berpantang
  • Ibu menyusu 
  • Golongan pelajar 
  • Warga emas 

Ini kerana, ESP dapat memberikan tenaga kepada golongan-golongan di atas agar dapat berada dalam keadaan cergas, bertenaga dan kekal aktif dalam menjalani rutin harian.
Untuk pengetahuan semua, salah satu faktor seseorang itu berada dalam keadaan lesu dan letih adalah disebabkan kekurangan protein dalam badan.
Jadi, apa lagi...ESP la penyelesaian yang terbaik bagi mereka yang menghadapi masalah tersebut.
Bukan itu sahaja...banyak lagi kelebihan ESP...jom kita tengok...



Apakah kebaikan protein soya ESP Shaklee?

 1. Membantu pembinaan semula otot dan kulit. Kembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat penyembuhan luka serta kurangkan kesan parut.

 2. Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.

 3. Membantu mengurangkan paras kolesterol.

 4. Menyokong sistem imunisasi badan yang membantu mencegah migrain, insomnia dan tekanan.

 5. Menggalak sistem peredaran darah yang sihat.

 6. Kaya dengan Isoflavones, yang membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.

 7. Menggalak payudara yang sihat dan anjal.

 8. Menggalak prostat yang sihat.

 9. Membaiki pigmentasi untuk masalah rambut (gugur dan uban) serta masalah kulit (kedut dan kesan tua).


Alhamdulillah, saya sendiri sebagai ibu menyusu bila minum ESP rasa lebih bertenaga, bila berpuasa pun tiada masalah dan susu badan pun bertambah pekat. Malah keluarga saya juga turut mengamalkan ESP Shaklee dan sangat membantu kami untuk kekal cergas dan bertenaga dalam menjalankan rutin seharian kami. Bagi sesiapa yang masih belum mencuba, boleh lah hubungi Azean-0139415831 ye  untuk mendapatkan ESP yang osem ini. InsyaAllah, saya akan berkongsi dan membantu kalian dengan sebaiknya :)




 *ESP Shaklee telah disahkan Halal oleh Islamic Services of America (ISA), badan yang diiktiraf oleh JAKIM.

 *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

1 comments:

  1. ada yg kata soya tak baik utk kesihatan...tlg jelaskn?

    ReplyDelete