Friday 22 May 2015


Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine max merupakan salah satu daripada 7 “super foods” di dunia. Keistimewaan kacang soya terletak pada khasiatnya kerana ia boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu. Kajian di American Journal of Clinical Nutrition menyatakan pengambilan soya tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesuburan, malah tidak menjejaskan peluang untuk mengandung dan melahirkan anak. Jadi, nikmatilah minuman kacang soya kerana ia selamat, berzat, murah dan sesuai bagi semua lapisan umum.

Khasiat kacang soya

Khasiat protein kacang soya dapat disamakan dengan 2 kali protein daging, 4 kali telur, 4 kali gandum, 5 atau 6 kali roti dan 12 kali susu. Kacang soya dapat membantu keperluan wanita, di antaranya membantu perkembangan otak, mempertingkatkan kadar metabolisme badan seterusnya serat yang terkandung di dalamnya membantu mengawal berat badan. Ia juga dikatakan efektif meredakan gejala panas (hot flashes) akibat menopaus dan membantu mencegah kanser serta anemia.

Kandungan kalsium dan mineral dalam kacang soya turut membantu memecah lemak, menyusutkan kadar lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL). Ia juga dapat menghindarkan penyakit jantung dan kencing manis.

Kacang soya berada dalam kelompok kekacang yang merupakan sumber makanan yang sangat baik untuk ibu-ibu menyusu. Bukan sahaja kaya zat besi, kacang soya juga adalah sumber protein bukan daripada haiwan yang murah dan senang didapati.

Susu kacang soya juga adalah antara makanan yang dapat meningkatkan penghasilan susu bagi ibu-ibu yang ingin menyusukan bayi secara eksklusif.


Info kalori makanan yang berasaskan kacang soya :

  • Tauhu mentah – 100 gram : 76 Kalori
  • Tauhu goreng – 1 keping (40 gram) : 70 Kalori
  • Tauhu kukus – 1 keping (50 gram) : 35 Kalori

  • Tau Foo Fah – bersama 1 sudu kecil gula (1 mangkuk) : 144 Kalori

  • Susu kacang soya – 1 cawan (243 ml) : 131 Kalori

  • Taucu – 100 gram : 200 Kalori

  • Tempe mentah – 100 gram : 164 Kalori
  • Tempe goreng – 1 keping (70 gram) : 255 Kalori

  • Kicap soya – satu hidangan (100 gram) : 10 Kalori


(sumber : Majalah Rapi)


0 comments:

Post a Comment