Tuesday 19 May 2015



Alhamdulillah, tidak lama lagi kita semua akan menyambut bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan. Jadi, sudah pasti kita perlu membuat persediaan sebelum ketibaannya supaya kita dapat meraikan pesta ibadah dengan sebaiknya.
Seperti dalam video ini, seronok melihat kakak ini bersemangat meraikan bulan Ramadhan walaupun tengah sarat mengandung.






Di sini, dikongsikan 10 persediaan untuk menghadapi bulan Ramadhan nanti :

  1. Banyakkan pembacaan berkaitan dengan Ramadhan
  2. Warming-up dengan berpuasa setiap Isnin dan Khamis
  3. Latihan intensif tidur awal & membiasakan diri untuk bangun awal
  4. Mulakanlah membaca Al-Quran setiap hari dengan tadabur, khusyuk dan terancang
  5. Biasakan diri sentiasa memelihara wudhuk
  6. Setiap malam sebelum tidur, muhasabahlah diri kita
  7. Mulakan amalan bersedekah, sedikit demi sedikit
  8. Berikanlah masa bersendirian untuk berzikir kepada Allah S.W.T
  9. Bantulah orang lain yang sangat-sangat memerlukan
  10. Hebahkan tentang ketibaan Ramadhan

Semoga kita semua dapat melaksanakan semua persediaan ini dengan baik dan semoga Allah permudahkan serta memberikan rezeki kepada kita untuk bertemu di bulan Ramadhan.
Moga Ramadhan kali ini lebih baik buat kita :)
Jom kita mulakan sekarang!
Dapatkan tips persediaan untuk berpuasa dengan cergas tanpa rasa letih (di sini)

0 comments:

Post a Comment