Tuesday 12 May 2015

Kurus lepas bersalin


Kehamilan hakikatnya memberi banyak perubahan fizikal mahupun emosi kepada wanita. Paling nyata, selepas bersalin perut akan menggeleber dan kendur kerana kelemahan otot dan kulit yang regang di abdomen. Jangan putus asa, amalkan tip kurus berikut bagi memastikan impian anda untuk kembali langsing seperti dahulu menjadi kenyataan.

  1. Santai
    Untuk mengembalikan bentuk tubuh yang langsing memang memerlukan waktu. Meskipun tampak mudah, hakikatnya ia bukanlah semudah itu. Tubuh anda telah melalui perubahan besar selama sembilan bulan iaitu ketika anda hamil. Jadi janganlah terlalu memaksa dan berharap untuk kembali langsing dalam tempoh waktu yang singkat.
  1. Susukan anak
    Seorang ibu yang menyusukan bayi dapat menghilangkan lebih banyak berat badan. Anda akan dapat membakar lebih 500 kalori setiap hari.
  1. Bergerak
    Pastikan anda sentiasa mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor bila anda boleh mula berolahraga setelah bersalin. Jika boleh, berjalan-jalanlah sedikit di sekitar rumah sambil membawa bayi di dalam kereta sorongnya selama 30 minit dan amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
  1. Makan sedikit
    Jika anda menunggu waktu lapar untuk makan, anda mungkin tidak menyedari bahawa anda telah mengambil lebih banyak kalori bila anda makan. Hindari makan terlalu banyak dan jagalah metabolisme dengan stail dan makan antara 5-6 sajian kecil setiap hari.
  1. Kudapan sihat
    Gantikan kudapan manis yang sering anda makan dengan buah-buahan atau salad. Bersihkan almari serta peti sejuk daripada kudapan tinggi lemak dan rendah serat seperti kerepek dan ais krim.
  1. Banyakkan serat
    Tetap kenyang lebih lama dengan makan makanan tinggi serat. Makanlah banyak makanan berserat larut seperti bijirin, buah-buahan segar dan sayur-sayuran. Pilih roti gandum dan nasi daripada beras merah.
  1. Banyakkan minum air
    Air sama fungsinya seperti minyak yang dapat melancarkan fungsi organ di dalam tubuh. Pastikan tubuh sentiasa dipenuhi keperluan cairan kerana ia amat penting untuk menurunkan berat badan, membantu pencernaan dan mengurangkan nafsu makan.
  1. Ambil protein
    Gantikan daging berlemak dengan ayam atau ikan. Ikan salmon contohnya merupakan sumber omega 3 yang telah terbukti mengurangkan pengurangan dan membantu menurunkan berat badan.

0 comments:

Post a Comment