Sunday 8 May 2016

Tanda badan bertoksin



Lesu dan tidak bermaya walaupun tidur mencukupi, berkemungkinan isyarat bahawa badan kita mempunyai toksin berlebihan.

Kenal pasti 7 petanda sama ada tubuh kita bertoksin.

1. Keletihan berterusan

Rasa keletihan walaupun tidak melakukan sebarang kerja kuat termasuk bersenam menunjukkan tubuh sedang cuba menyingkirkan toksin.

2. Berat badan bertambah

Berat badan tetap meningkat walaupun sering bersenam menandakan terdapat toksin yang mengganggu fungsi hormon.

3. Nafas berbau

Walau menjaga kebersihan gigi dan mulut termasuk memberus gigi dan berkumur dengan cecair antibakteria tetapi nafas tetap berbau.
Nafas berbau selalunya berkaitan dengan masalah penghadaman tetapi ini juga adalah petanda hati sedang berusaha menyingkirkan toksin dalam badan.

4. Sembelit

Usus berfungsi menyingkirkan toksin menerusi pembuangan air besar setiap hari tetapi fungsi ini boleh terganggu sekiranya najis tidak dapat keluar disebabkan masalah sembelit.

5. Aroma wangian

Sakit kepala serta merta selepas terhidu bau wangi-wangian bermakna badan sedang berperang dengan toksin berlebihan.

6. Sakit otot

Sakit pada bahagian otot dan sendi jejari serta kaki secara berterusan menunjukkan toksin berkumpul di kawasan terbabit.

7. Reaksi kulit

Jerawat, ruam, mata sembab dan ekzema adalah petanda bahawa badan sudah terlebih toksin.

With love :) Norazean Musa {013-9415831}


0 comments:

Post a Comment