Wednesday 8 July 2015


Assalamualaikum

Hari ini saya nak berkongsi tentang sesuatu yang menarik berkaitan dengan teh. Biasanya, memang kita sedia maklum teh digunakan sebagai minuman, boleh diminum panas atau sejuk untuk memberi manfaat kepada badan kita. Tetapi, saya dapat info melalui pembacaan saya, teh bukan sekadar untuk kesihatan badan sahaja, malah dapat membantu menjaga 'kesihatan' rumah kita.

Ini kerana, daun teh yang mengandungi isoflavon boleh digunakan untuk membersihkan peralatan rumah. Jadi, jom kita tengok cara-cara yang sesuai untuk menggunakan teh sebagai pembersih rumah.



  1. CERMIN & TINGKAP
    Kesan cap jari yang melekat pada cermin tingkap atau cermin solekan memang amat merimaskan dan mengganggu pandangan mata. Jadi, kita boleh membersihkan cap jari, sekaligus membuatkan cermin bercahaya.
    Caranya : Masukkan air teh ke dalam botol penyembur. Sembur dan lapkan pada permukaan sehingga bersih.

  1. LANTAI KAYU
    Bagi yang mempunyai lantai berkayu, teh hitam boleh membantu untuk mengilap dan mengekalkan warna kayu.
    Caranya : Masukkan 2 sudu teh hitam ke dalam pembersih dan gosokkan pada keseluruhan lantai tersebut.

  1. PERMAIDANI
    Penggunaan permaidani yang terlalu lama boleh menyebabkan bau hapak dan berdebu. Jika menggunakan penyedut hampagas belum cukup membantu untuk menghilangkan bau.
    Caranya : Taburkan serbuk teh pada permaidani. Biarkan selama 10 minit dan bersihkan dengan penyedut hampagas. Ia bukan sahaja bersih tetapi berbau segar.

  1. PERABOT
    Kita juga boleh mencuba dengan membersih dan mengilap alat perabot yang diperbuat daripada kayu.
    Caranya : Celupkan kain pada air teh dan lapkan pada meja, kerusi dan perabot kayu yang lain.

  1. MANGKUK TANDAS
    Adakala kotoran yang ada pada mangkuk tandas sukar untuk dibersihkan sehingga membuatkan tandas kelihatan kotor.
    Caranya : Masukkan uncang teh pada mangkuk tandas, biarkan beberapa jam. Selepas itu, barulah dibersihkan dengan berus.

  1. PETI AIS
    Tempat penyimpanan ini kerap meninggalkan bau kerana terdapat pelbagai makanan. Apatah lagi, memang kita kerap membukanya.
    Caranya : Letakkan beberapa uncang teh di dalam peti ais. Kesannya, uncang teh tadi akan menyerap bau yang tidak menyenangkan itu.

  1. PEWANGI KERETA
    Kebanyakan pewangi kereta mengandungi bahan kimia yang boleh menimbulkan alahan. Sebagai alternatif, kita boleh gunakan campuran serbuk teh dan bunga lavender yang telah dibungkus. Kita juga boleh letakkan pada bahagian kerusi kereta untuk menghilangkan bau.

Ok, setakat ini dulu perkongsian saya kali ini...menarik sangat!
Antara yang bestnya, kita boleh elakkan daripada menggunakan bahan kimia dan digantikan dengan teh yang semulajadi. Selain kita menjadikan teh sebagai minuman, kita juga boleh gunakannya sebagai pembersih rumah. Selamat mencuba semua.

Semoga bermanfaat :)

0 comments:

Post a Comment