Assalamualaikum semua.
Syukur sangat kita masih lagi diberi
nikmat kehidupan dan kesihatan yang baik. Pada kali ini, saya ingin
berkongsi tentang pemakanan anak-anak kita. Kebiasaannya, bila
anak-anak ini dalam fasa untuk membesar, memang mereka dah pandai nak
pilih-pilih makanan. Kekadang, ada je alasan yang diberi...malas
makan atau nak makan pun, nak sikit je, sayur langsung tak nak...yang
lebih sedih lagi, bila mereka lebih suka pilih untuk makanan ringan
yang kurang berkhasiat.
Jadi, bagaimana nak pastikan anak-anak
kita ini sentiasa suka kepada makanan yang berkhasiat?
Ok, saya memang ada baca daripada
beberapa sumber yang boleh membantu kita.
Buat semua ibu dan ayah, bolehlah cuba
beberapa tips ini :
- JANGAN PAKSA ANAKOk, memang kita nak sangat anak kita makan. Tapi, jangan sesekali memaksa anak untuk makan banyak. Biarkan anak memutuskan berapa banyak yang perlu mereka ambil. Pada masa yang sama, pastikan kita dapat memasukkan sayuran pelbagai warna, buah-buahan, susu, bijirin dan sebagainya supaya anak kita mendapat nutrisi secukupnya. Dari segi psikologinya, memang sangat baik...bila tiada paksaan, anak pun tak stress untuk makan.
- ELAK MAKANAN BERLEBIHANYang ini perlu ambil perhatian. Pastikan kita tidak biarkan anak makan secara berlebihan kerana ia boleh menyebabkan obesiti atau diabetes. Berikan anak makanan setiap 2-3 jam untuk mencegah makan berlebihan ketika hidangan utama. Pengambilan snek sihat mesti kita utamakan seperti kacang-kacangan, bijian, buahan segar atau biskut gandum.
- KATAKAN 'TIDAK' PADA MAKANAN SEGERASebaiknya, jangan terlalu kerap mengajak mereka ke tempat makanan segera. Sebolehnya, elakkan memberi mereka makanan segera seperti sosej, nugget, kerepek dan sebagainya. Begitu juga dengan gula-gula atau makanan manis. Pastikan kita tanamkan kebiasaan makanan yang sihat dan berkhasiat untuk mereka.
- MUDAH DIMAKAN BILA-BILA SAHAJAKita boleh buat sayuran dan buah-buahan yang menjadi lebih mudah untuk dimakan apabila diperlukan. Ini dapat mendorong anak kita menyukai makanan yang disediakan itu.
5. BELI MAKANAN
BERNUTRISI
Akhir sekali, jika kita
memang terlalu sibuk dan kerap membelikan makanan di luar, pastikan
makanan yang dibeli adalah makanan yang mengandungi banyak sayuran,
nutrisi dan vitamin yang diperlukan.
Kalau bagi saya, memang
sebolehnya tak nak bagi makanan yang dibeli. Tapi, saya memang
sentiasa sediakan Meal Shakes sebagai tambahan dan menampung
keperluan nutrisi anak saya yang mana mungkin tidak cukup daripada
makanan yang dimakan.
Meal Shakes adalah
minuman yang kaya dengan nutrisi dan mudah dibancuh, berperisa vanila
yang memang sedap.
Antara kebaikan Meal
Shakes kepada anak-anak kita,
- Membekalkan tenaga
- Sumber protein yang kaya dengan 9 amino asid penting
- Sumber terbaik kalsium dan serat pemakanan
- Membantu mengekalkan kesihatan tubuh dan sistem pencernaan
- Membekalkan 19 vitamin dan mineral penting, termasuk vitamin A, Bs, C, D, E, zat besi, zink dan iodin
- Dapat mengekalkan berat badan ideal
Jadi, selain saya
pastikan anak saya suka untuk makan buah, sayur dan makanan
berkhasiat yang lain, saya akan berikan Meal Shakes juga supaya
beliau terus berselera, sihat dan dapat mencukupkan keperluan nutrisi
dan vitamin dalam badannya. Ketika ini, anak saya masih menyusu
badan, jadi saya yang amalkan. Bukan je untuk anak-anak, tapi orang
dewasa juga boleh meminumnya.
Maaflah, teruja pulak nak
kongsi tentang kebaikan Meal Shakes yang kami amalkan. Bagi sesiapa
yang berminat untuk mencuba buat anak-anak dan seisi keluarga tersayang, boleh
hubungi saya ye.
Apa-apa pun, diharapkan
beberapa tips di atas, dapat kita amalkan bersama-sama. Semoga
anak-anak kita terbiasa dan suka kepada makanan yang sihat daripada
makanan ringan yang kurang berkhasiat.
Semoga bermanfaat buat
semua :)
0 comments:
Post a Comment