Saturday 4 July 2015


Assalamualaikum

Kali ini saya nak berkongsi tentang aktiviti yang tak boleh dibuat selepas makan, terutamanya selepas waktu makan hidangan yang utama la kan. Kebiasaan memang saya dengar antaranya yang tak boleh buat sebaik je lepas makan adalah seperti mandi atau tidur. Tapi, rupanya masih ada lagi aktiviti-aktiviti lain yang tak boleh kita buat. Ok, jom kita tengok satu per satu ye...
Kebanyakan aktiviti ini memang kita perlu elakkan sebab ia boleh mengganggu sistem penghadaman dalam badan kita.




  1. MINUM TEH
    Menikmati secawan teh panas sememangnya hebat dan best sebagai pencuci mulut selepas makan. Tetapi, ini bukanlah pilihan yang tepat untuk diminum selepas makan ye. Teh mempunyai tingkat keasidan tinggi yang membuatkan kandungan protein dalam makanan meningkat sehingga ia menjadi lebih sukar untuk dihadamkan.
    Tip : Kalau masih nak juga minum teh, pastikan kita mencampurkan dengan air yang banyak atau menunggu satu jam selepas makan.

  1. MANDI
    Ok, mandi pula boleh membuatkan aliran darah kita akan meningkat ke seluruh badan terutamanya pada tangan dan kaki. Jika kita terus mandi selepas makan, jumlah darah di sekitar perut akan meningkat dan mengalir ke seluruh badan. Inilah yang membuatkan sistem penghadaman kita semakin lemah.

  1. TIDUR
    Selepas makan, memang kita patut elakkan terus dari berbaring dan tidur. Jika kita teruskan kebiasaan ini akan membuatkan sistem penghadaman terganggu. Dalam jangka masa panjang, ia akan menyebabkan jangkitan pada usus.

  1. BERJALAN-JALAN
    Ramai yang mengatakan dengan berjalan-jalan selepas makan, ia boleh mempercepatkan sistem penghadaman. Sebenarnya ia adalah SALAH. Berjalan akan mengelakkan sistem penghadaman menyerap nutrisi dari makanan sehingga badan kita tidak mendapat gizi secukupnya. Sebaiknya, tunggulah dalam 15-20 minit selepas makan dan barulah berjalan.

  1. MAKAN BUAH
    Biasanya, selepas makan kita akan mengambil buah sebagai pencuci mulut. Tetapi, sebenarnya makan buah selepas makan akan membuatkan perut terasa kembung. Sebaiknya, makanlah buah 1-2 jam sebelum atau selepas makan hidangan utama.

  1. AKTIVITI BERAT
    Elakkan daripada melakukan aktiviti fizikal yang berat seperti berlari, bersenam atau aktiviti yang menyebabkan badan kita bergerak. Aktiviti ini akan membuatkan perut kita kembung.

  1. MEROKOK
    Ini bukan sahaja aktiviti yang tidak sihat tetapi boleh merosakkan paru-paru. Lebih teruk lagi, ia akan menjadi lebih berbahaya apabila diambil selepas makan. Sebab merokok selepas makan boleh meningkatkan risiko kanser sebanyak 10 kali lebih tinggi.

Inilah antara aktiviti-aktiviti yang mesti kita elakkan sebaik je selepas kita selesai makan. Sebetulnya, lepas selesai makan, kita perlu berikan sedikit masa dan ruang seketika, barulah boleh kita melakukan aktiviti-aktiviti tersebut. Jom sama-sama kita ubah kebiasaan yang salah kepada cara yang sebetulnya.
Semoga info ini bermanfaat kepada semua dan bolehlah berkongsi kepada saudara mara dan rakan-rakan yang lain.

Terima kasih kerana sudi membaca, jom amalkan gaya hidup yang sihat :)

2 comments:

  1. Tips yang sangat bermanfaat sekali admin. Memang sydah terbalik amalan yg dilakukan selama ini. Kadang kita minum teo ais semasa memakan nasi dan juga di teruskan dengan mengambil buah-buahan. Ternyata itu semua tidaknboleh sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan sis...betul tu...semoga kita sama2 dpt mengubah kebiasaan yg salah tu kepada yg sebetulnya :)

      Delete