Saturday 15 December 2018

Sekiranya anak kecil atau bayi mengalami sembelit. Apa yang perlu dilakukan?

Ada beberapa langkah yang mudah untuk melegakan bayi dan mencegah sembelit daripada berulang. Antaranya :

1) Menggalakkan bayi lebih bergerak, misalnya boleh membaringkan bayi lalu menggerakkan kakinya seolah-olah mengayuh. Ataupun galakkan dia lebih merangkak. Kekurangan aktiviti fizikal akan menyebabkan sembelit.

2) Perlahan-lahan urutkan perut bayi dengan pergerakan bulatan selama beberapa minit selain tambahkan serat dalam diet bayi. Misalnya, boleh memberikannya jus buah-buahan. Tetapi jangan beri terlalu banyak kerana ia akan mengurangkan pengambilan susu.

3) Jika bayi telah diperkenalkan makanan pejal, boleh meningkatkan pengambilan bran, bijiran, buah-buahan segar (contohnya prun, pisang dan aprikot) serta sayuran.

4) Pastikan bayi diberi cecair yang mencukupi. Berikannya air masak atau sedikit jus buah-buahan (terutama epal, pir atau prun) di antara penyusuan terutamanya apabila cuaca panas.

5) Jika bayi mengalami sembelit untuk jangka masa yang panjang atau terdapat tanda-tanda kesakitan yang berulang, maka mestilah meminta nasihat daripada doktor atau profesional perubatan.

Semoga bermanfaat, terutama kepada ibu dan bapa yang ada anak kecil.

Next
This is the most recent post.
Previous
Older Post

1 comments:

  1. kesian sangatkan bila baby sembelit, kita yang dewasa kalau sembelit pun aduhaii sangat rasanya..

    ReplyDelete