Sunday 14 June 2015


Assalamualaikum

Alhamdulillah, tidak lama lagi kita semua akan meraikan bulan Ramadhan yang mulia. Pada masa yang sama, mungkin ada perkara-perkara yang paling membimbangkan kita ketika bulan puasa. Mungkin ada di kalangan kita yang bukan pening memikirkan tentang godaan makanan yang lazat tetapi gangguan penyakit yang boleh menggagalkan puasa. Paling meresahkan apabila kita tidak mampu menyempurnakan puasa walaupun hanya setengah hari.

Antara gangguan ketika berpuasa adalah seperti mulut terasa mual, sakit pada bahagian ulu hati, muntah dan sebagainya sehinggakan kita tidak mampu berbuat apa-apa. Selain itu, yang amat perlu diberi perhatian adalah gangguan gastrik iaitu sakit pada bahagian atas perut, kembung perut, loya dan muntah. Sekiranya ada simptom-simptom tersebut, memang kita perlu ambil perhatian supaya ia tidak mengganggu ketika kita berpuasa nanti. Apa-apa pun, gastrik bukanlah penghalang untuk kita berpuasa ye. Terdapat cara-cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan masalah gastrik ini dan akhirnya kita dapat berpuasa dengan sempurna.




Yang pertama, mesti jaga pemakanan kita.

MAKANAN YANG MESTI DIELAKKAN :
  • Sayuran & buahan yang 'berangin'
    Contohnya sawi, kobis, kacang-kacangan, buah kedondong, nangka dan sebagainya.

  • Minuman bergas
    Minuman jenis ini akan menghasilkan gas yang banyak sehingga perut kita merasa penuh.

  • Makanan pedas
    Memang menaikkan selera makan tetapi ia boleh melukakan perut terutamanya pengambilan cili yang terlalu banyak.

  • Asam
    Elakkan pengambilan makanan atau buah yang bersifat asam.

  • Jenis karbohidrat
    Sebahagian makanan yang mengandungi karbohirat juga tidak baik untuk pesakit gastrik. Elakkan pengambilan mee, bihun, pasta, jagung, ubi, keladi dan sebagainya.

  • Makanan susah dihadam
    Ada beberapa jenis makanan yang sukar dihadam sehinggakan menyukarkan proses penghadaman. Contohnya kek berkrim, coklat, dan keju.


Yang kedua, mesti amalkan cara hidup yang sihat.

PERKARA YANG MESTI DILAKUKAN :
  • Mengamalkan makanan yang secukupnya semasa berbuka dan bersahur

  • Lewatkan bersahur

  • Elakkan minuman berkarbonat

  • Mengamalkan ubat gastrik mengikut arahan doktor ( semasa berbuka dan bersahur )


Boleh lihat video tips sihat ini, yang mana masalah gastrik dapat diatasi dengan baik, Alhamdulillah :






Jom semua, kita amalkan bersama. Semoga ianya dapat membantu kita untuk berpuasa dengan lebih sempurna serta dapat melakukan ibadah-ibadah yang lain dengan lebih baik.
Selamat berpuasa semua :)



Azean (013-9415831)
FB : Norazean UmmuYusuf
Pages : Tips Keluarga
Shaklee ID : 997702





0 comments:

Post a Comment