Wednesday 10 June 2015

Assalamualaikum semua.

Semoga berada dalam kesihatan yang baik. Bulan Ramadhan telah semakin dekat, jadi antara perkara penting yang perlu untuk kita perhatikan adalah berkaitan bab pemakanan.

Makan secara sihat sememangnya perlu dijadikan amalan setiap masa, tambahan lagi semasa menjalani ibadah puasa. Ini penting untuk mengelakkan beberapa masalah kesihatan seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, kandungan gula rendah dalam darah dan sebagainya. Sekiranya masalh ini berlaku, pastinya ia boleh mengganggu kita untuk berpuasa dengan selesa dan menghayati fadhilat di bulan Ramadhan.

Para penyelidik dalam bidang perubatan telah membuktikan bahawa puasa mampu membuang toksik dalam badan sekaligus meningkatkan sistem imunisasi badan untuk melawan penyakit.




Jom kita perhatikan beberapa jenis makanan yang sihat dan pastinya tidak menambahkan berat badan untuk diamalkan sewaktu berbuka puasa dan ketika bersahur :

  1. Bijirin
    Mengandungi karbohidrat kompleks dan serat tinggi adalah seperti beras merah dan gandum. Setiap kandungannya mengandungi hanya 38 mg karbohidrat dan sangat baik untuk anda berpuasa di samping berdiet.

  1. Kentang
    Merupakan sejenis makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks yang tinggi dalam bentuk pati. Selain itu, kentang memiliki kandungan vitamin C, vitamin B6, zat besi dan memiliki kandungan serat tinggi.

  1. Oat
    Kandungan karbohidrat kompleksnya mencapai 98%. Selain itu, oat juga mengandungi serat, protein, vitamin B, dan zat besi yang diperlukan untuk proses metabolisme tubuh badan.

  1. Roti
    Sepotong roti gandum sahaja mengandungi 20 gram karbohidrat. Selain itu, roti gandum mengandungi vitamin, mineral, dan serat yang baik untuk metabolisme tubuh.Kurangkan pengambilan roti putih yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

  1. Sayuran hijau
    Selain kaya dengan karbohidrat, ia juga memiliki kandungan serat tinggi yang sangat baik bagi melancarkan pencernaan.

  1. Putih telur
    Selain mengandungi protein, ia juga memiliki kandungan karbohidrat tinggi, riboflavin, dan rendah lemak. Mengambil putih telur akan membuatkan kita tidak mudah merasa lapar.


  1. Buah-buahan segar
  • Buah pisang, selain sebagai penghasil vitamin B6 dan vitamin C, juga memiliki kandungan potasium dan berserat tinggi. Sebiji buah pisang mengandungi 24 gram karbohidrat.
  • Buah berry adalah seperti strawberry, blueberry, dan blackberry. Selain memiliki kandungan karbohidrat kompleks, ia juga mengandungi antioksidan untuk melindungi tubuh dari radikal bebas.
  • Buah tembikai memiliki kandungan vitamin C, beta karotin sebagai antioksidan dan dapat mencegah katarak. Tembikai mengandungi kadar air yang tinggi dan rendah kalori yang sangat bagus diambil terutamanya sewaktu haus.


  1. Buah yang dikeringkan
  • Boleh diambil sebagai hidangan pencuci mulut setelah kita selesai berbuka puasa dan sahur. Antara buah-buahan kering yang sangat bagus dimakan ialah kurma, kismis, kiwi, dan plum.
  • Kurma kaya dengan potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa.


    Semoga info ini bermanfaat buat semua dalam menjalani ibadah puasa nanti. Marilah amalkan pemakanan yang sihat supaya badan kita sentiasa cergas dan sihat untuk beribadah dengan sebaiknya.
    Selamat berpuasa dan selamat menjalani pesta ibadah ye. Semoga Allah redha :)



    Azean (013-9415831)
    Email : norazeanmusa86@gmail.com
    FB : Norazean UmmuYusuf
    Pages : Tips Keluarga
    Shaklee ID : 997702

0 comments:

Post a Comment